Khamis, 1 September 2011

Edisi Merdeka – Selamatkan Negaraku : Bisnes Menjual Harapan



Kalau ada perniagaan paling menguntungkan di dunia ini, di mana pelanggan – pelanggannya terdiri daripada anak muda dan orang yang ‘patah hati’, bisnes itu adalah ‘menjual harapan’.

Banyak betul pernigaan yang dibina atas asas menjual harapan.

Syarikat pernigaan barang – barang kecantikan mempropaganda kehebatan jenama mereka yang kononnya boleh ‘mengembalikan keremajaan’, ‘kerana dirimu begitu berharga’ atau sebagainya kepada anak muda. Mereka memprojeksi bahawa usia tidak lagi relevan dengan raut muka dan susuk tubuh badan.

Baik barangan kosmetik, makanan kesihatan, seluar dalam, jeans, minuman yang entah apa – apa atau sebagainya, semuanya mendakwa mereka mencipta barangan super hebat. Anak muda dijadikan sasaran propaganda mereka ini.

Jual harapan untuk menjadikan diri kita tampan, hebat, digilai ramai, super, glamer lagi hot!

Politikus bangsat dan pemimpin rakus pun sebegitu. Menjual barangan yang merupakan ‘harapan’ kepada anak muda. Harapan untuk sebuah masa depan yang jauh lebih baik, harapan untuk sebuah negara yang tidak korupsi, harapan untuk lari dari pemimpin sekarang yang kononya lembik dan tak tahu buat kerja!

Malah, yang lebih kritkal sebenarnya adalah politikus bangsat dan pemimpin rakus yang menjual harapan masa depan peribadi untuk anak muda.

Pertukaran undi dan sokongan dengan bakal ganjaran ringgit dan sen atau projek yang boleh membahagikan seseorang anak muda. Inilah pertukaran harapan paling jijik dalam kepimpinan!

Dengan hanya bermodalkan air liur, tunjuk muka turun padang, penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter, politikus bangsat dan pemimpin rakus ini mencanangkan sejuta impian dan harapan kepada anak muda. Menabur janji di mana – mana! Sama ada secara kita sedar atau tidak, kata – kata mereka adalah ‘harapan’ yang dijual kepada kita.

Anak – anak muda dengan mudahnya ‘membeli’ harapan itu. Kerana apa? Ketat dan sukarnya untuk hidup dalam dunia hari ini, maka mereka akan percaya dengan harapan – harapan atas tiket pembaruan yang hendak dijual oleh politikus bangsat dan pemimpin rakus ini. Anak muda sukar mendapat peluang kerja, bisnes yang sukar, syarat pinjaman yang ketat, tiada rumah untuk diduduki, harga barangan yang semakin meningkat, pemimpin sedia ada yang kononya lemah, dasar Kerajaan yang dikatakan sebagai menekan dan sebagainya mendesak mereka membeli harapan dari politikus bangsat dan pemimpin rakus.

Ia berlaku atas dasar bahawa politikus bangsat dan pemimpin rakus ini boleh membawa perubahan yang diharapkan. Pandai mengambil peluang politik untuk pertukaran sokongan poltik, inilah yang digerakkan oleh politikus bangsat dan pemimpin rakus.

Mereka melanggar hukum alam yang menyatakan bahawa usaha yang gigih dan berterusan adalah perlu untuk membina masa depan.

Ramai anak muda terjebak dengan perangkap politus bangsat dan pemimpin rakus yang menyediakan ‘fast track’ untuk mencipta kekayaan dan masa depan yang belum pun dipastikan lagi.

Dan yang lebih memilukan, bisnes menjual harapan dalam kepimpinan ini sebenarnya telah mula membarah dalam kepimpinan anak – anak muda parti Kerajaan semasa. Mereka memasak harapan kepada penyokong – penyokong. Atas sebab apa? Semua orang boleh menekanya!

Ingatlah, kita bukan Tuhan untuk memastikan bahawa harapan itu boleh menjadi realiti.

Janji yang kita buat akan tetap dituntut dan dinilai di akhirat kelak.

Dan bisnes ini paling menguntungkan. Pengiklan mendapat ganjaran dalam bentuk wang ringgit hasil jualan barangan. Politikus bangsat dan pemimpin rakus mendapat sokongan hasil pertukaran dengan ‘harapan’ ini.

Dan itulah Malaysiaku kini. Merdeka 54 tahun, selamatkanlah negaraku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...