Rabu, 1 Ogos 2012

Menu Ramadhan

Erm ... kadang - kadang selera kita pada bulan Ramadhan ni pelik - pelik. Tapi aku biasa je. Kalau banyak mana dan jenis yang bagai pun makanan yang ada, bukan semua aku makan. Mujurlah aku jenis yang tak makan banyak. Haha .... :) Menten beb badan!

Jom kita tengok apa menu yang mak aku sediakan hari ini. Plus yang dibeli oleh aku dan adik - beradik aku yang lain. Semua ada hari ni, kecuali sorang adik lelaki aku yang kat Negeri Sembilan. Yang asyik bekerja mengurus dan membangunkan negara, katanya lah! Alahai ...


Ketam masak pedas. Yang ni adik aku yang keje kat Unit Perubatan PLKN beli. Sedap gak. Aku suka makan ketam. Korang?


Ikan daging(?) masak asam pedas. Aku tak makan pun yang ni. Just ambik gambar je.


Ikan masak pindang ... Yeke? Yang ni aku makan. Pedas dan sedap.


Ada kuih buah melaka yang mak aku buat. Tak makan pun yang ni. Kan aku dah cakap aku makan tak banyak.


Aku beli chicken chop dengan harga RM 4 kat bazar kampung aku. Sebab? Anak sedara pempuan aku nak ayam goreng dan kentang. So, pakej ni lah yang paling afdal rasanya. Dia melantak makan ni!

Juga martabak ayam dan daging. Mak aku mintak. So, ini untuk dia.



Anak - anak sedara aku yang tak sabar nak makan. Yang pempuan tu puasa penuh setakat hari ni. Yang sebelah kanan ni ... erk ... dia sorang je yang tak puasa. Asyik makan je kejenya!


Walaupun makanan banyak, sebab semua orang dengan selera masing - masing, aku biasanya tak makan semuanya pun. Dapat makan nasi dan lauk sikit pun dah cukup. Dan kurma yang aku petik dari tangkainya ... :)

Ko rang makan apa pulak untuk buka puasa? Ada tak menu yang istimewa. Macam kat bawah ni ...


Kot - kot la ada yang jenis 'rare' makan benda ni untuk buka puasa! Haha ... :)
Aku pun tak tahu kenapa ada orang jual benda ni kat Bazar Ramadhan Dataran Segamat. Ada orang guna untuk Ramadhan atau Aidilfitri ke?

# Selamat menempuh pertengahan Ramadhan semua! Salam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...