Rabu, 8 Ogos 2012

Mercun dan Memori Silam

Aku rasa zaman kanak - kanak dan remaja generasi sekarang mesti dah tak berapa best. Yelah, selain asyik mengadap Internet, skrin TV 24 jam dan segala macam permainan teknologi, dia orang dah kurang berpeluang nak bersuka ria dengan bermain pelbagai jenis mercun dan bunga api. Lagi - lagi apabila menjelang Raya.

Aku masih ingat lagi dulu - dulu, zaman aku kecik, mercun dan bunga api bebeas dijual di kedai - kedai. Ada macam - macam jenis. Siap ada main tikam - tikam bunga api dan mercun. Kira macam 'sales' pun ada jugak.

Sanggup kumpul duit sebab nak beli bunga api yang satu itu. Haha ...


Haha ... Mercun lebah la ni ... dulu ada macam - macam jenis. Sanggup plan dengan kawan - kawan bila nak beli dan bertanding sapa dapat beli dulu.

Ingat lagi ke yang kat atas tu?

Mercun ketupat, ko rang masih ingat? Sekarang masih ada lagi rasanya ....


Dan macam - macam jenis lagi. Owh ... best rasanya masa tu main mercun ...








Tapi ... sekarang budak - budak hanya main ni je kot! Tak hot betul! Haha ...



# Apa pun, main bunga api atau mercun memang tak bagus. Selain membakar duit, ia juga mendatangkan bahaya. Lebih baik ko rang simpan duit tu untuk topap tabung marhaban nanti. 

Rabu, 1 Ogos 2012

Menu Ramadhan

Erm ... kadang - kadang selera kita pada bulan Ramadhan ni pelik - pelik. Tapi aku biasa je. Kalau banyak mana dan jenis yang bagai pun makanan yang ada, bukan semua aku makan. Mujurlah aku jenis yang tak makan banyak. Haha .... :) Menten beb badan!

Jom kita tengok apa menu yang mak aku sediakan hari ini. Plus yang dibeli oleh aku dan adik - beradik aku yang lain. Semua ada hari ni, kecuali sorang adik lelaki aku yang kat Negeri Sembilan. Yang asyik bekerja mengurus dan membangunkan negara, katanya lah! Alahai ...


Ketam masak pedas. Yang ni adik aku yang keje kat Unit Perubatan PLKN beli. Sedap gak. Aku suka makan ketam. Korang?


Ikan daging(?) masak asam pedas. Aku tak makan pun yang ni. Just ambik gambar je.


Ikan masak pindang ... Yeke? Yang ni aku makan. Pedas dan sedap.


Ada kuih buah melaka yang mak aku buat. Tak makan pun yang ni. Kan aku dah cakap aku makan tak banyak.


Aku beli chicken chop dengan harga RM 4 kat bazar kampung aku. Sebab? Anak sedara pempuan aku nak ayam goreng dan kentang. So, pakej ni lah yang paling afdal rasanya. Dia melantak makan ni!

Juga martabak ayam dan daging. Mak aku mintak. So, ini untuk dia.



Anak - anak sedara aku yang tak sabar nak makan. Yang pempuan tu puasa penuh setakat hari ni. Yang sebelah kanan ni ... erk ... dia sorang je yang tak puasa. Asyik makan je kejenya!


Walaupun makanan banyak, sebab semua orang dengan selera masing - masing, aku biasanya tak makan semuanya pun. Dapat makan nasi dan lauk sikit pun dah cukup. Dan kurma yang aku petik dari tangkainya ... :)

Ko rang makan apa pulak untuk buka puasa? Ada tak menu yang istimewa. Macam kat bawah ni ...


Kot - kot la ada yang jenis 'rare' makan benda ni untuk buka puasa! Haha ... :)
Aku pun tak tahu kenapa ada orang jual benda ni kat Bazar Ramadhan Dataran Segamat. Ada orang guna untuk Ramadhan atau Aidilfitri ke?

# Selamat menempuh pertengahan Ramadhan semua! Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...