Isnin, 30 Julai 2012

HIKAM - Sepersinggahan

Masih teringat ini ...
Suatu waktu dahulu ... lama sudah ... lebih 15 tahun rasanya.
Ini lirik pertama yang dilagukan secara rasmi ... walaupun kadang - kadang aku ada tulis lirik hanya sekadar untuk mengisi ruang kosong memo pad atau kertas A4.




Malas nak cerita dari mana dapat ilham untuk tulis lirik ini.
Ada macam - macam versi lagu ni ... tapi versi yang ini paling aku suka. Versi awal - awal dulu juga tak kurang hebatnya. 


Dan ... ini pula adalah artis - artis yang melagukannya buat pertama kali. Rakan - rakan yang kini semuanya sudah 'menjadi' dan 'hebat' dalam dunia masing - masing. Paling top adalah penggubah lagunya ... boleh cari dia di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.



Eh, kenapa aku tak pakai kopiah eh? Stylo rambut masa tu!

# Ingat pesan hakim, jangan terkinja - kinja di atas pentas!

Catatan Ramadhan 1433 - Part 1

Ramadhan kali ini rasanya macam cepat saja berlalu ...

Malam pertama terawih, aku dah ditahan oleh seorang budak. Masa tu aku kat atas motor lagi .... baru sampai surau nak terawih.

"Eh bang, kali ni kita nak g mana plak? Ada program makan - makan buka puasa lagi tak"






Azuha Kamari <-- Kalau korang klik link ni, boleh g FB dia.
(Dia yang kat sebelah kiri tu ... yang sebelah kanan tu tengah merenung masa depan)

Sejak dia kecik lagi dia memang sellau ikut program Ramadhan ni.

Senang je aku jawab "Erk ... of kos la ada ... banyak tempat buat program. Larat dan tak larat je nak ikut semua program."

Dapat gak dengar ceramah dan takzirah agama. Maklumlah bulan yang mulia ... selalu asyik dengar ceramah yang entah apa2 je lah!


Yang ni Ustaz Ismail Salam. Aku suka dengar dia bagi ceramah. 

Part yang paling best tentulah masa makan - makan, kan? Kan?


Owh ... korang kalau time makan buka puasa cepat je kan? Aku suh posing pun ko tak berapa nak kan?


Kenapa aku sorang je yang pakai samping bagai ...??? Owh tidak ... Tapi dah memang tradisi aku sejak dulu lagi pakai lengkap kalau ada program dalam bulan Ramadhan ni ... :)

Ha ... masa tengah lepak2 lepas buka puasa, sempat lak buat rakaman ucapan Selamat Hari Raya ... ala - ala Salam Perantauan plak!


Tu tengah mengajar macam mana nak cakap dan beraksi di depan kamera!
Adoyai ... kena retake berapa kali da budak kecik ni~!

Tapi dalam banyak - banyak tu, Ramadhan tetap memberikan kenangan indah pada aku. Setahun sekali. Dan aku selalu rindu bulan ini. 

Moga akan sentiasa ketemu lagi Ramadhan. Dan ... kurma yang aku dapat hadiah dari seorang Ketua Kampung ... :)


# Aku memang suka kurma muda yang bertangkai ni. Rasa puas sikit menggigitnya .... Boleh berangan memetik kurma .... hahaha ...

Jumpa lagi ... Assalamulaikum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...